Thursday, April 23, 2009

“Perjuangan Belum Selesai”

“Perjuangan Belum Selesai”
- Tun Dr Mahathir Mohamad-

Sesungguhnya

tidak ada yang lebih menyayat hati

Dari melihat bangsaku dijajah

Tidak ada yang lebih menyedihkan

dari membiarkan bangsaku dihina


Air mata tiada ertinya

Sejarah silam tiada maknanya

Sekiranya bangsa tercinta terpinggir

Dipersenda dan dilupakan


Bukan kecil langkah wira bangsa

Para pejuang kemerdekaan

Bagi menegakkan kemuliaan

Dan darjat bangsa


Selangkah bererti mara

Mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatihasalkan langkah itu yakin dan cermat

bagi memastikan negara

merdeka dan bangsa terpelihara

air mata sengsara

mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita


Tugas kita bukan kecil

Kerana mengisi kemerdekaan

Rupanya lebih sukar dari bermandi

Keringat dan darah menuntutnya


Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan

Kalau bangsaku asyik mengia

Dan menidakkan,Mengangguk dan membenarkan,


Kerana sekalipun bangganya negara

kerana makmur dan mewahnya

bangsaku masih melata

dan meminta-minta di negaranya sendiri


Bukan kecil tugas kita

Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita

Kerana rupanya selain memerdekakan,

Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara


Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya

Bukankah sejak zaman berzaman

Mereka menjadi pelaut, pengembara

Malah penakluk terkemuka


Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap

Menjadi pedagang dan peniaga

Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang


Bukankah bangsaku pernah mengharung

Samudera menjajah dunia yang tak dikenal

Bukankah mereka pernah menjadi

wira serantau

Yang tidak mengenal erti takut dan kematian


Tugas kita belum selesai rupanya

Bagi memartabat dan memuliakan bangsa

kerana hanya bangsa yang berjaya

akan sentiasa dihormati


Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita

Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya

tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan

buat selama-lamanya


Hari ini,


jalan ini pasti semakin berliku

Kerana masa depan belum menjanjikan syurga

Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai

Kerana hanya yang cekal dan tabah

Dapat membina mercu tanda

Bangsanya yang berjaya.


Ehsan dari :

Kelab Che Det Dot Com

MENERUSKAN AMANAH TUN DR MAHATHIR

Wednesday, April 22, 2009

CHM2000

tension gle skrg ni..esk paper last..kimia lak2...Try wt yg terbaik....Esk ptg aku gn kwn2 ada projek besar..3 hari berturut2....nanti ape2 yg best aku akan kongsi kt blog ni...

"SAHABAT & MAKNA KESETIAAN"


Usah ditanya pasal setia jika tidak pandai menilai erti kesetiaan....
Usah ditanya pasal pengorbanan jika pengorbananku hanya utk kepentingan.........
Usah ditanya pasal keikhlasan jika ikhlas hanya diungkapkan tanpa dilaksana.......
Jika kamu bertanya kepadaku makna kesetiaan, usah ditanya kerana kesetiaan, pengorbanan & keikhlasanku diperalatkan....
Mulakan Hidupmu dengan sifat2mu kerana itu lebih baik untuk dirimu.....


BERANI BERUBAH..… Kerana Itu Yang Terbaik Untuk Ku...

Minggu Final Exam UPMKB

FINAL EXAM DIPLOMA PERTANIAN SEM 2
Minggu ni minggu last aku final...agak cuak gk r..khamis ni aku ada paper last, kimia am...subjek yg boleh membunuhku..setakat ni result boleh dibanggakan gak r..Harap2 dpt r result yg elok dr sem lepas.Sem dpn aku kne pulun skor gile2 ..Target dekan r..NC tu jauh g kot...hahahhaa.26 April ni aku dh blik semenanjung selepas hampir 4 bulan berkelana di tempat orang...xsabar nk blik...


pas exam BBI td, bebudak DPT sem2 ada sesi tangkap gmbar wt kenangan.Pakai baju korporat beb..nanti aku tunjuk bju korporat aku ek..tunggu...

Pengalaman Interview Program Pertukaran Pelajar Ke Luar Negara

Pagi tadi aku telah menghadiri sesi temuduga untuk program pertukaran pelajar...Mule2 aku agak was-was jugak r nk g sebab aku xyakin aku leh nk jawab soalan td. tapi kwn2 aku bg support suh g tok amik pengalaman. So aku pn pegi r gak temuduga..TAPI pas aku tgk budk2 yang kne tmuduge sebelum aku kne tnya mcm2 soalan, aku pn jadi cuak r..rase nk cabut balik dh td..Tapi alhamdulillah r pas interview td ok je...xde r tkt sgt..bese2 je...aku pn leh r jwb soalan yang diberi.. Mcm2 pengalaman aku dpt mase temuduge td..AKu xharap pn terpilih p just nk cri pengalaman je tok panduan..heheheheh....ape2 pn BERANI BERUBAH krn itu yang terbaik untuk hidup kita...

....WeLcOmE tO mY LiFe....

Gembirakah Aku??????

Susah nak jelaskan keadaan aku skrg ni...Byk benda yg dh aku blajar sejak aku msuk UPM...Dh kenal mane kwan dan lawan...Kdg2 memang dh putus asa+kecewa+sedih tp ada makne disebalik semua2....aku mule dpt sesuaikan dri dgn sume org..tak lagi tertumpu pada seseorg je...Kne r bersikap matang walaupun sape yg xkecwa ble kita ditikam dari belakg...aku anggap itu cabaran dan aku harus sahut cabaran2...Niat aku dtg UPM bkn nk kejar pangkat@jawatan+kemasyuran+populariti atau ape pn tapi utk dptkan segulung ijazah utk bekalan hidup...Aku mengharapkan keredhaanmu ya ALLAH...Tabahkan jiwaku utk mengharungi dugaan ini...